Berikut beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga yang terletak di sekitar lokasi majlis dilangsungkan:
::Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah::
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menunggang gajah, memberi makan, dan memandikan gajah. Pelbagai spesis gajah dari serata dunia terdapat di sini, dari yang berusia beberapa hari sehinggalah gajah tua berusia 70 tahun dari India. Masuk adalah percuma, namun jangan lupa menghulurkan derma untuk pengurusan dan makanan haiwan ini. Terokailah agungnya ciptaan Allah dengan melihat kepada haiwan istimewa ini.



Lokasi: Kuala Gandah, Lanchang Pahang.
Lebih kurang 60km dari Taman Saga, Mentakab.
Kuala Lumpur> Lebuhraya Pantai Timur> Susur Keluar Lanchang> Kuala Gandah
maklumat lanjut:
::Tasik Bera::
Terokai alam indah ciptaan Allah di Tasik Bera. Kayak, menaiki bot laju merentasi tasik dan memancing adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan.


Lokasi: Kira-kira 70km dari Felda Bukit Puchong, Triang Pahang.
::Temerloh Bandar Ikan Patin::
Bagi yang berminat mendapatkan Ikan Patin sangkar yang segar, boleh mendapatkannya di sangkar-sangkar yang terletak di tepi sungai Pahang, sepanjang laluan dari Temerloh ke Triang. Keistimewaan Ikan Patin Temerloh adalah rasanya yang segar (tidak berlumpur) kerana diternak di sungai. Air sungai yang mengalir menjanjikan rasa ikan yang enak. Bagi yang ingin merasa menu istimewa Patin Masak Asam Tempoyak, boleh mencubanya di gerai-gerai di sekitar Bandar Temerloh.



Lokasi Bandar Temerloh: 10km dari Mentakab.
30 km dari Triang.
Penafian: gambar-gambar dari muka surat ini diambil dari Google Search dan bukan milik penulis blog.



